Monday, August 16, 2010

....Faces of Iffah

Entri kali ini adalah foto² kiut anak sulung kami. Sekarang ni umur dia dah mencecah 1tahun 4bulan. Memang mencabar bagi kami untuk membesarkannya, masa kecil dulu kurang meragam, bila dah besar sikit ni keagrasifan dia memang menyerlah. Bila terbaca dan terkenangkan anak orang lain bermasalah, aku amat bersyukur Iffah dan adik dia Fawwaz cergas dan sihat tubuh badan.

Nama: Nur Iffah Ardini Bt. Mohd Uzaini
Umur Terkini: 1tahun 4bulan
Kebolehan: berlari terkedek², berleter panjang tanpa difahami maksud, suka tiru orang cakap atau reaksi orang, melontar segala barang ditangan, melambai tangan kpd sesiapa sahaja sambil berkata baa baa(bye..bye..), suka memanjat...
Perkataan yg boleh disebut: ayah, atuk, susu, cat, dog, bird, ball, banana, dan byk lg perkataan yg aku tak ingat..


Foto ni tahun 2009 semasa kami sekeluarga berkelah kat Sg.Sendat UluYam. Masa ni Iffah kecil lg, baru pandai merangkak..

Yang ini foto Iffah bertopi merah semasa bercuti di Cameron Highland tahun 2009

Iffah pakai headband special custom yang ditempah oleh ibunya. Foto ini sewaktu hari ulangtahun yg pertama pada bulan April 2010.

Masa ni ibu Iffah dalam pantang, so petang Ahad aku bawak Iffah jalan² kat taman permainan Kompleks Sukan Pandamaran Klang.

Iffah teruja tengok layang²




Ibu sedang ikat rambut Iffah, waktu ini ibu baru habis pantang dan kitorang balik kampung kat Muar.


Iffah dan ibu kat halaman rumah atuk. Loc: Parit Jawa Muar.


Tuesday, August 10, 2010

Monday, August 9, 2010

....Ada apa pada PC Fair..

Ntah kenapa lah ramai sangat orang datang berbondong² ke KLCC semata² nak layan PC Fair. Tahun ini je selang 3 bulan dah 2 kali acara itu dilangsungkan, mungkin kerana sambutan yang amat menggalakkan kot. Aku termasuklah seorang dari beribu² pelawat PCFair itu. Tiap² kali pergi PCFair, benda yang sama jugak; komputer, speaker, internet broadband.. Yang sememangnya boleh hadap hari² lain kat lowyat, imbi plaza, ataupun digital mall. Kalau nak dibandingkan harga sememangnya tak ada beza pun, dan sememangnya harga promosi yang dicanang semasa PCFair tu boleh juga didapati di loyat walaupun sesudah 2-3minggu PCFair berlalu. Pernah terjadi kat aku suatu ketika dulu, aku survey la punya lama kat PCFair semata² nak dapatkan ‘the best price’ notebook. Tapi kerana nafsu aku masih mampu untuk dibendung maka aku tekadkan untuk tidak membeli lagi. Setelah 2minggu berlalu aku masih boleh dapat notebook pada harga yg sama semasa PCFair ditambah pula dengan pelbagai aksesori lain secara percuma.
Ada beberapa faktor yang aku rasakan mendorong orang ramai untuk ke PCFair.
Sesetengah orang sudah menjadikan PCFair sebagai salah satu dari acara tradisi atau budaya tiap² tahun. Maksudnya diorang ni pergi PCFair ni macam sambut hari raya lah, kalau tak pergi rasa macam tak raya lah pada tahun itu.
Ada juga yang pergi PCFair ni adalah sebagai lokasi untuk dating bersama pasangan masing², lebih tepat lagi student IPT. Alasan nak berdating “Jom kita gi PCFair nak..I nak beli mouse baru lah” …”I nak beli usb fan yg bentuk bunga matahari tulah, U temankan I boleh?” … “Semalam I tengok pamplet PCFair ada jual speaker baru saiz peti sejuk…jom kita gi tgk nak?”…dan sesudah letih menyempit dalam PCFair teruslah mereka pusing² kat KLCCPark untuk menghirup udara nyaman...

Ada juga orang memang suka pergi PCFair sebab boleh eksyen kat kawan² bagaimana meriahnya suasana semasa kat PCFair tu. Sesetengah orang pergi PCFair atas ajakan kawan². Kawan ajak teman nak beli printer, diajaknya sampai satu ofis 30orang, mananya tak sendat lorong² kat PCFair tu.. Ada juga yang ke PCFair tu semata² nak mengasah skill, atau pengetahuan mereka mengenai IT ini. Habis semua booth dia singgah, pelbagai soalan² maut diasak kepada staff jualan, ada yang terketar ketar menjawab soalan² itu. Melontar soalan bukan main hebat tapi hasilnya hanya sebatang usbdrive 1GB berharga RM19 dibawa pulang… Sesetengah orang memang tertunggu² kehadiran PCFair kerana sememangnya dia sudah menyiapkan checklist sejak dari awal tahun lagi. So, bila pergi PCFair memang kita akan nampak orang yang bawa 2-3 troli, kalau boleh agaknya dia nak book satu loading bay untuk memudahkan angkut semua barang dia.

Ada apa pada PCFair..Hmmm.. Boleh dikatakan macam² ada. Daripada produk berkaitan IT hinggalah yang tidak ada kena mengena dengan IT.. Hari Jumaat lepas, waktu tengahari seperti biasa aku keluar ofis untuk ke masjid dari Jalan Conlay melalui Jalan Stonor ke Jalan Binjai(berdekatan KLCC Park). Makk aihh jem giler jalan ini kerana semua orang berpusu² masuk Lorong Kuda untuk ke parking basement KLCC. Ini tak lain tak bukan, PCFair penyebabnya. Sedangkan sudah diletakkan signboard “Parking Full” di simpang lampu isyarat, kereta masih lagi berbaris dan memasuki basement tersebut, maka terjadilah kesesakan dan pencemaran bunyi hon kereta berselang seli dengan khutbah jumaat. Trend menggunakan model² yang berpakaian tak cukup kain sudah menjadi amalan oleh syarikat² produk IT untuk mendapat perhatian umum. Memang sungguh, semakin banyak penganjuran PCFair semakin ramai model² “beginner” ini cuba untuk mengasah bakat. Mana tidaknya, lensa kamera sentiasa mengarah ke tubuh mereka. Model² ini secara otomatik tanpa disuruh² akan terus buat “pose” ala-ala kiut mata bersinar².. Secara tidak langsung PCFair juga telah menyumbang kepada perkembangan industri permodelan dan fotografi. Seperkara yang menarik ialah trend syarikat jalurlebar internet yang mengupah se-platun jurujualnya yang rata-ratanya lepasan spm. Sememangnya telinga anda akan di’lalati sepanjang 50meter dan didendangkan dengan janji² manis sebelum melangkah keluar dari pintu dewan. Tidak cukup dengan itu jurujual ini mempunyai “cheer trademark” masing² dan saling berbalas² untuk menghangatkan keadaan..Sekali lagi PCFair adalah medan memupuk semangat kerja berpasukan.

Kesimpulannya tak perlulah tunggu PCFair untuk membeli barangan IT anda. Beli kat mana² pun sama sahaja.Tapi kalau nak pergi jugak, bersiap sedialah untuk berhimpit² dan berasak², pakai kasut yang bersesuaian untuk berjalan jauh dan pastikan anda ke tandas terlebih dahulu kerana jika anda dah masuk (pintu masuk tingkat3), pastinya tidak boleh keluar ikut pintu yang sama(pintu keluar aras bawah-hujung bangunan) dan jumlah jarak perjalanan ±2km.. Selamat berPCFair....