Thursday, March 31, 2011

Jerangkang Part 1 - Recce

26-27 Mac 2011
Jerangkang Falls, Pahang

Kembali pada 10 tahun yang lepas, untuk pergi ke hutan Jerangkang memerlukan mental yang kuat dan fizikal yang cergas. Ini kerana akses hanya dengan berjalan kaki dari Kg. Paya Rambutan/Tasik Paya Bungor. Treking dengan kelengkapan dan ration penuh sejauh ±16km memakan masa ±4jam. Entah macamana aku sanggup pergi 3-4kali waktu dulu, mungkin kerana keindahan dan faktor “WAH” menjadikan aku tidak jemu ke sana..

Tapi itu dulu..Dulu punya cerita, sekarang dengan menaiki pacuan 4 roda segala²nya menjadi mudah, perjalanan offroad(jalan balak) hanya 40-60minit dan trekking untuk 10-15minit. Ini adalah misi ‘recce’, untuk program group akan datang. Oleh kerana nama pun ‘recce’ kami perlu melakukan hampir semua aktiviti termasuk aktiviti² mengarut dalam masa 2 hari 1 malam. Berkayak, memancing, terjun tiruk di merata² tempat, abseiling, “royal/declare/speed/bluff”, BBQ, pasang hammock dan lain² yang tak terjangkau akal. Satu lagi yang best coverage telco sudah ada, boleh gugel dan berFB sambil memancing. Keindahan Jerangkang masih lagi terpelihara, sama seperti 10tahun dahulu. Mungkin kerana tidak ramai orang yang boleh akses tempat ini.

Info:
Nama: Hutan Lipur Jerangkang(Jerangkang Falls)
Tingkat: 44tingkat(3jam trekking untuk sampai puncak, setiap tingkat ada kolam)
Lokasi: Kg. Paya Bungor, Maran, Pahang
Akses: Simpang kiri 30km selepas Maran.
Kenderaan: 4WD/Lori Sawit/Scrambler/Mountain Bike/Trekking

*Komen peribadi: Jerangkang adalah air terjun yang paling indah yang pernah aku jumpa seumur hidup aku sampai sekarang.

Overall, misi sukses..

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


PhotobucketPhotobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

No comments:

Post a Comment