Thursday, March 31, 2011

Jerangkang Part 1 - Recce

26-27 Mac 2011
Jerangkang Falls, Pahang

Kembali pada 10 tahun yang lepas, untuk pergi ke hutan Jerangkang memerlukan mental yang kuat dan fizikal yang cergas. Ini kerana akses hanya dengan berjalan kaki dari Kg. Paya Rambutan/Tasik Paya Bungor. Treking dengan kelengkapan dan ration penuh sejauh ±16km memakan masa ±4jam. Entah macamana aku sanggup pergi 3-4kali waktu dulu, mungkin kerana keindahan dan faktor “WAH” menjadikan aku tidak jemu ke sana..

Tapi itu dulu..Dulu punya cerita, sekarang dengan menaiki pacuan 4 roda segala²nya menjadi mudah, perjalanan offroad(jalan balak) hanya 40-60minit dan trekking untuk 10-15minit. Ini adalah misi ‘recce’, untuk program group akan datang. Oleh kerana nama pun ‘recce’ kami perlu melakukan hampir semua aktiviti termasuk aktiviti² mengarut dalam masa 2 hari 1 malam. Berkayak, memancing, terjun tiruk di merata² tempat, abseiling, “royal/declare/speed/bluff”, BBQ, pasang hammock dan lain² yang tak terjangkau akal. Satu lagi yang best coverage telco sudah ada, boleh gugel dan berFB sambil memancing. Keindahan Jerangkang masih lagi terpelihara, sama seperti 10tahun dahulu. Mungkin kerana tidak ramai orang yang boleh akses tempat ini.

Info:
Nama: Hutan Lipur Jerangkang(Jerangkang Falls)
Tingkat: 44tingkat(3jam trekking untuk sampai puncak, setiap tingkat ada kolam)
Lokasi: Kg. Paya Bungor, Maran, Pahang
Akses: Simpang kiri 30km selepas Maran.
Kenderaan: 4WD/Lori Sawit/Scrambler/Mountain Bike/Trekking

*Komen peribadi: Jerangkang adalah air terjun yang paling indah yang pernah aku jumpa seumur hidup aku sampai sekarang.

Overall, misi sukses..

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


PhotobucketPhotobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Monday, March 14, 2011

Memancing di Pulau Indah

2 Mac 2011
Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Orang bertanya, "apelah faedahnya memancing"... Hmm, soalan ini boleh dijawab dengan soalan; "kenapa wanita suka bershopping, ape faedah hobi mengumpul stem, kenapa mat rempit suka merempit, kenapa pemain bola sepak suka berebut sebiji bola, kenapa orang memandu melebihi had laju, kenapa orang ketagih main PS3, dll... Hanya pemancing sejati dapat merasai kepuasannya..

Bagi aku memancing mendefinisikan erti kesabaran...sabar menunggu yang tidak pasti...ada rezeki sangkutlah ikan..kalau tidak, usaha lagi dimasa akan datang. Kalau nak jadi pemancing, mesti ada sifat kesabaran..kalau tidak, jangan kata nak tunggu 1jam, 10minit pun belum tentu lagi. Suatu masa dulu masa mula² aku terjebak, memang panass je hati ni bila ikan tak makan umpan...Semakin kerap aku memancing, perasaan bengang itu semakin hilang, sebab aku tahu hasilnya nanti bukan seperti apa yang aku harapkan. Kepuasan yang maksima apabila ikan sangkut di mata kail, rasa seperti tong gas 14kg yang dipikul dibahu diletakkan diatas lantai, cukup puas.. Enjoy melayan rentapan ikan beberapa ketika..
Photobucket
Memancing juga menginsafkan aku betapa susahnya orang yang tidak berkemampuan untuk mencari sesuap nasi. Bayangkan jika ada saudara mara kita yang terpaksa menangkap ikan hanya untuk meneruskan hidup. Jika nasib baik, dapatlah banyak ikan. Setiap kali aku termenung menunggu ikan sangkut di mata kail, setiap itu lah aku terfikirkan nasib mereka. Walau sesenang mana sekali pun kita, cubalah sesekali merasai keperitan hidup. Bukan maksud aku nak suruh semua orang pergi memancing, banyak lagi benda lain boleh buat; bercucuk tanam ke, membajak sawah ke, tolong siak bersihkan surau ke, tolong 'undertaker' menggali kubur ke, macam² lagi..

Panjang pulak aku membebel, layan je lah gambar ni aku ambil masa pergi memancing bersama Wari, Jas dan Zal 2 minggu lepas. Tempat ni tak keras, lembut..habis berselut sebab air surut. Semua menari² atas selut yang licin, ketika aku cuba menghampiri gigi air kaki aku terperosok paras lutut dalam selut. 5jam kami berada disitu, dan ada sedikit hasil yang boleh dibawa pulang. Lepas ni projek memancing di kelong pulak.

Photobucket


Photobucket


PhotobucketPhotobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket
Sepasang memerang yang menjadi penghuni tetap di jeti ini

Photobucket


PhotobucketPhotobucket



Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket