2 April 2011
Jalan Ronggeng, Skudai, Johor Bahru
Ini majlis perkahwinan ke-2 Mamat.. Jangan salah paham, maksud aku majlis tempat lelaki selepas akad nikah beberapa minggu lepas di tempat Zurin di Kedah. Mula² memang terfikir jugak nak pergi persandingan mereka di Kedah, tapi lagi rasa lagi berat nak ke Johor. Ye lah, bak kata pepatah "Tempat jatuh lagi kan dikenang, inikan pula tempat extend semester". Haha, tulah orang suruh belajar rajin², ni sibuk main kayak, panjat², masuk hutan, habiskan bajet Unit Sukan UTM.. Itu semua tinggal kenangan. Kini ramai yang sudah berumahtangga, lumrah alam. Begitu juga Mamat dan Zurin.. Mereka berkenal dan bercinta kerana kelab kita jugak. So, sama²lah kita mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan ke akhir hayat.
Teringat kembali masa bujang, kitorang housemate untuk beberapa tahun. Aku, Wari, Kluang, Mamat, Jakpo, Najid adalah penghuni tetap rumah di Bandar Baru Selayang. Banyak kenangan pahit manis bersama, yang paling aku tak bleh blah ialah jiran sebelah rumah punya suara mengalahkan speaker box konsert metalica. Mak tengking anak, adik jerit kat abang, kakak marah adik. Tapi jiran kami memang baik ngan kitorang, selalu jugak bagi lauk atau kuih muih, jenuh jugak la nak balas balik sebab orang bujang mana ada benda kat dapur, kadang² tu pinggan kosong je kitorang bagi balik. Sebagai balasan Wari dengan sukarelanya jadi cikgu tuisyen anak nya yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
Yang bestnya kami masih mengekalkan aktiviti semasa study dulu². Masih lagi kayuh basikal, berkayak di Empangan Batu, masuk acara larian dan adventure race.. Mamat seperti biasa sibuk dengan kerjayanya, keluar pagi balik petang, selalunya sampai malam. Dah balik rumah, bukak notebook pulak sambung lagi kerja..heran aku, mamat ni kerja untuk hidup ke atau hidup untuk kerja.. Yang paling enjoy life aku dengan Wari lah. Wari ade kelas hujung minggu je so hari biasa dia free, aku pulak balik je kerja dah tak fikir pasal ofis lagi dah, samada joran, basikal, kayak atau swimming malam kat kolam renang..huh, memang syok. Teringat aku masa Mamat mula² dapat kereta wiranya. Berbulan² dia fokus kat kereta tu, banyak duit ditabur buat modification. Takpelah asalkan puas hati. So pesanan aku kat Zurin pastikan “dalam akaun ko ada duit Mamat, dalam akaun Mamat takde duit ko”..haha..
Uzani: Nasi Beriyani Kanbin ko mmg marveles lah, aku makan siap tambah
Uzani: Nasi Beriyani Kanbin ko mmg marveles lah, aku makan siap tambah
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18. Aiman tak kesah..
19. The Rock junior
No comments:
Post a Comment