Tuesday, April 19, 2011

Energizer NIGHTMARE Race 2011

16 April 2011
Sepang International F1 Circuit

Hmmm, tak tahu nak mula macamana.. Kali ini aku tak dapat training yang secukupnya, 2 minggu aku tak dapat buat latihan yang sempurna. Ditambah lagi kecederaan di belakang lutut aku sejak turun dari Bukit Tabur. Ada jugak la try lari 4hari sebelum event, tapi Cuma boleh dapat kurang 3km sebelum kaki aku sakit semula. So, objektif aku kali ini agar dapat habiskan 21km tanpa diusung ambulan. Alhamdulillah untuk 10km pertama diluar trek aku lari maintain dan tak push ditemani jakpo, 5km seterusnya di dalam trek, belakang lutut kiri aku dah mula sakit². Dan untuk 6km terakhir kebanyakannya aku berjalan sambil terhencut², sampai finishing line pun jalan je. Total 2jam 40minit masa paling teruk dalam sejarah hidup aku(biasanya 2jam, paling laju 1j50min). Lebih kurang 1jam aku menanggung azab dengan berjalan je. Berpeluh?hmm untuk sejam pertama sahaja, the rest baju aku ngam² kering sampai finishing line. Aku mengambil langkah bijak dengan tidak meng’register’ untuk 42km seperti Hailwa, Bapak, dan Zack, by the time diorang habis lari aku dah pun berdengkur kat atas katil.. Respek la korang, semangat kental..

X~UTM Viking Runners
Photobucket

Energizer Night Race kali ini nampaknya jauh lebih teruk dari tahun lepas. Semua peserta awal² menjangkakan acara ini pasti menjadi yang terhebat kerana lokasinya di Sepang International F1 Circuit. Ternyata ianya indah khabar dari rupa. Penganjurnya Expose Media sdn.bhd. nampaknya tak mampu mengendalikan peserta seramai 10ribu orang. Yang paling teruk kekecohan di tempat mengambil medal dan goodies bag. Aku yang sedang berlari melintasi pit dapat melihat kekecohan itu. Kebanyakan mereka adalah pelari 11km dan yang beratur panjang sampai ke hujung trek.

Kelemahan Penganjuran:
  1. Mengenakan bayaran Rm10 untuk parking?? Untuk ape? Duit kopi untuk RELA? Atau extra profit untuk penganjur..Ada yang kena bayar ade pulak tak perlu bayar… Dahle register RM55-67, duit minyak, tol lagi, kos nak collect race kit lg..
  2. Laluan ke paddock/pit area melalui tangga dan terowong bawah tanah sempit yang perlu dikongsi 10ribu orang. Terowong maut kerana pintu masuk dan keluar adalah saiz pintu biasa. Nasib baik masa balik organizer dah buka laluan tepi grandstand.
  3. Semua orang terpaksa beratur panjang kat tempat simpanan barang... Zack dah panik sbb kategori 42km dh nak start. Nasib baik Ayu ada boleh tolong beratur.
  4. Water/Refreshment Station dalam litar hanya ada 1 sahaja. Kat finishing line langsung takde ape².
  5. Mengedarkan headlamp secara tidak teratur dan dengar khabar apabila keadaan sudah tidak dapat dikawal, petugas terus pergi meninggalkan peserta berebut² headlamp. Ada orang dapat bawak balik 1 kotak besar headlamp. Peh, 10tahun pakai pun tak habis..
  6. Tidak menyediakan booth jualan makanan untuk orang ramai. Untuk peserta jangan harap nak dapat makanan free.
  7. Tiada marshall yang menjaga jalan pintas diatas trek mengakibatkan ramai yang buat jalan sendiri.
  8. Marshall yang control finisher tak cukup. Aku habis lari macam takde ape² je, semua orang buat hal sendiri. Peserta² lain pun layan diri.. 
  9. Tiada finisher medal, finisher t-shirt, goodies bag seperti yang dijanjikan. Penganjur cakap nak pos, so kita tunggu ajelah.
Salinan surat terbuka dari founder "Boycott Energizer Night Race" facebook fan page kepada CEO Energizer Wordwide : http://www.awest.de/Boycott_Energizer.html


1
Photobucket

2. The waves of spirit
Photobucket

3. Young expose..kuat minum 100+ oren.
Photobucket

4
Photobucket

5. I'm running for my boy
Photobucket

6. For safety reason we take far away staircase tunnel.
Photobucket

7. Crampped paddock tunnel for 10k people
Photobucket

8
Photobucket

9. 42km runners on the go
Photobucket


No comments:

Post a Comment