Monday, February 13, 2012

Akad Nikah Amri & Nani

12 Feb 2012
Lembah Keramat, Kuala Lumpur

  Sorang lagi kawan baik aku dah selamat 'mengijab kabulkan' dirinya. Bila diingat kembali zaman bergelar mahasiswa, memang banyak kenangan manis kami tempuhi bersama, bukan kami berdua sahaja, malah seluruh pasukan kayak/Kelab Sukan Air UTM. Tapi memang masa kat UTM aku ngan Amri banyak buat benda tak masuk akal(bagi org biasa mmg susah nk masuk akal la).
  Kebiasaannya kitorang berbasikal kemana2 saja dlm UTM. Basikal tu lah kitorang buat masuk competition/training dan basikal itulah jugak ditunggang untuk ke kuliah. Cerita bab basikal memang panjang berjela. Kenangan yang best kitorang kayuh dari UTM Skudai ke Mersing bersama Fairuz dan Najid. Memang planning adhoc time cuti semester, memang gile, bertolak kul7.30pagi sampai Mersing kul 10mlm. Kitorang(aku, Amri dan Wari) pun pernah berkayuh dari UTM ke Tanjung Balau(dlm 20km ke utara Desaru). Yang ni pun kira gila jugak lah, tak silap aku 4hari 3malam kitorang lepak kat sana, sampaikan tengok muka masing2 pun dah muak.
  Berbalik masa kitorang bergelar atlit UTM, aku dan amri ni boleh dikatakan gila training. Tengahari buta kitorang turun air training kayak, lari keliling utm, tidur malam dlm hammock kat balai cerap naik basikal, turun kayak masa bulan puasa, pegi pasar ramadhan time hujan lebat pakai payung pasar malam kelab, main game worms tak ingat dunia.. Dedikasi dan disiplin dia dalam latihan yang membentuk dia untuk menjadi atlit Malaysia.
  Walaupun sudah berkerjaya, kami masih lagi melakukan kerja gila2.. Masa aku bujang, petang2 lepas masing2 habis kerja, kitorang turun empangan batu main kayak, dia beli satu playboat, jakpo pun beli satu playboat. Yang paling tak dapat dilupakan misi 'suicide' turun rapid di Kuala Kubu Baru, rapid kat situ boleh cecah class 4/5. Itulah pengalaman yang amat berharga yang tak mungkin akan aku lupakan. Tahun 2011, Amri, Jakpo dan aku pergi down rapid kat Sg.Kampar dan Sungkai.. kat Sungkai paling mencabar, air tinggi sebab tengah hujan. Haduh, panjang betul aku membebel kisah silam..
  Dikesempatan ini aku mengucapkan selamat pengantin baru, banyakkan bersabar dengan pasangan, happy dan ceria2 selalu, smoga ramai anak dan berbahagia hingga ke syurga, inshaallah. Lepas ni projek mesti  terus on.


1. Selamat Pengantin Baru
Photobucket

2. Sarung cincin
Photobucket

3. Muka  lega setelah selamat melafaz
Photobucket

4. Autograph
Photobucket

5. Membaca dengan lantang
Photobucket

6. Doa
Photobucket

7. Tok Imam
Photobucket

8. Akad nikah oleh wali
Photobucket

9. Control macho, dlm hati bergoncang2..
Photobucket

10. Hantaran
Photobucket

11. Cek dan Dinar Emas
Photobucket



No comments:

Post a Comment