Ada beberapa faktor yang aku rasakan mendorong orang ramai untuk ke PCFair.
Sesetengah orang sudah menjadikan PCFair sebagai salah satu dari acara tradisi atau budaya tiap² tahun. Maksudnya diorang ni pergi PCFair ni macam sambut hari raya lah, kalau tak pergi rasa macam tak raya lah pada tahun itu.
Ada juga yang pergi PCFair ni adalah sebagai lokasi untuk dating bersama pasangan masing², lebih tepat lagi student IPT. Alasan nak berdating “Jom kita gi PCFair nak..I nak beli mouse baru lah” …”I nak beli usb fan yg bentuk bunga matahari tulah, U temankan I boleh?” … “Semalam I tengok pamplet PCFair ada jual speaker baru saiz peti sejuk…jom kita gi tgk nak?”…dan sesudah letih menyempit dalam PCFair teruslah mereka pusing² kat KLCCPark untuk menghirup udara nyaman...
Ada juga orang memang suka pergi PCFair sebab boleh eksyen kat kawan² bagaimana meriahnya suasana semasa kat PCFair tu. Sesetengah orang pergi PCFair atas ajakan kawan². Kawan ajak teman nak beli printer, diajaknya sampai satu ofis 30orang, mananya tak sendat lorong² kat PCFair tu.. Ada juga yang ke PCFair tu semata² nak mengasah skill, atau pengetahuan mereka mengenai IT ini. Habis semua booth dia singgah, pelbagai soalan² maut diasak kepada staff jualan, ada yang terketar ketar menjawab soalan² itu. Melontar soalan bukan main hebat tapi hasilnya hanya sebatang usbdrive 1GB berharga RM19 dibawa pulang… Sesetengah orang memang tertunggu² kehadiran PCFair kerana sememangnya dia sudah menyiapkan checklist sejak dari awal tahun lagi. So, bila pergi PCFair memang kita akan nampak orang yang bawa 2-3 troli, kalau boleh agaknya dia nak book satu loading bay untuk memudahkan angkut semua barang dia.
Ada apa pada PCFair..Hmmm.. Boleh dikatakan macam² ada. Daripada produk berkaitan IT hinggalah yang tidak ada kena mengena dengan IT.. Hari Jumaat lepas, waktu tengahari seperti biasa aku keluar ofis untuk ke masjid dari Jalan Conlay melalui Jalan Stonor ke Jalan Binjai(berdekatan KLCC Park). Makk aihh jem giler jalan ini kerana semua orang berpusu² masuk Lorong Kuda untuk ke parking basement KLCC. Ini tak lain tak bukan, PCFair penyebabnya. Sedangkan sudah diletakkan signboard “Parking Full” di simpang lampu isyarat, kereta masih lagi berbaris dan memasuki basement tersebut, maka terjadilah kesesakan dan pencemaran bunyi hon kereta berselang seli dengan khutbah jumaat. Trend menggunakan model² yang berpakaian tak cukup kain sudah menjadi amalan oleh syarikat² produk IT untuk mendapat perhatian umum. Memang sungguh, semakin banyak penganjuran PCFair semakin ramai model² “beginner” ini cuba untuk mengasah bakat. Mana tidaknya, lensa kamera sentiasa mengarah ke tubuh mereka. Model² ini secara otomatik tanpa disuruh² akan terus buat “pose” ala-ala kiut mata bersinar².. Secara tidak langsung PCFair juga telah menyumbang kepada perkembangan industri permodelan dan fotografi. Seperkara yang menarik ialah trend syarikat jalurlebar internet yang mengupah se-platun jurujualnya yang rata-ratanya lepasan spm. Sememangnya telinga anda akan di’lalati sepanjang 50meter dan didendangkan dengan janji² manis sebelum melangkah keluar dari pintu dewan. Tidak cukup dengan itu jurujual ini mempunyai “cheer trademark” masing² dan saling berbalas² untuk menghangatkan keadaan..Sekali lagi PCFair adalah medan memupuk semangat kerja berpasukan.
Kesimpulannya tak perlulah tunggu PCFair untuk membeli barangan IT anda. Beli kat mana² pun sama sahaja.Tapi kalau nak pergi jugak, bersiap sedialah untuk berhimpit² dan berasak², pakai kasut yang bersesuaian untuk berjalan jauh dan pastikan anda ke tandas terlebih dahulu kerana jika anda dah masuk (pintu masuk tingkat3), pastinya tidak boleh keluar ikut pintu yang sama(pintu keluar aras bawah-hujung bangunan) dan jumlah jarak perjalanan ±2km.. Selamat berPCFair....
No comments:
Post a Comment