Aku rasa post kali ini agak lewat dari yang sepatutnya. Puasa dah nak habis tapi aku nak bercerita pasal bazar ramadhan pulak. Takpelah, ini sekadar hidangan mata dan pengetahuan tambahan. Teringat aku waktu kuliah zohor di surau beberapa minggu lepas, ustaz cakap bazar ramadhan ini adalah tempat pahala umat berkurangan. Pendapat aku YA, memang pun tempat pahala berkurang malah boleh jadi pahala menyusut secara eksponen, silap² puasa kita sia-sia. Mana tidaknya, saat melangkah kaki ke situ mata meliar dengan nafsu makan membuak², kalau boleh semua jenis makanan nak beli. Tengok je ayam golek, nasi kukus ayam berempah, roti john, murtabak, iman dah goyang..
Sudah jadi kelaziman kat KL ni bukan orang melayu saja yang melawat bazar ramadhan ni, kaum² lain turut mengambil bahagian dalam suasana yang meriah ni. Yang jadi tak syoknya (mungkin syok bagi sesetengah orang) pakaian yang mendedahkan sesuatu yang tak patut didedahkan. Ini tidak terhad kepada kaum lain sahaja malah lagi banyak berlaku kepada wanita Islam sendiri, sungguh² menggoncang iman. Bila ditegur mereka ini pastinya menjawab "aku punya badan aku punya sukalah,siapa suruh kau tengok".. Mata lelaki sentiasa ingin melihat sesuatu yang indah tak kiralah apa pun, so kat bazar ramadhan takde benda lain yang lagi indah selain dari aurat yang terdedah, takkanlah pakcik yang hayun murtabak kambing dengan peluh didahi menitik² itu orang kata indah.. Bayangkan berapa ratus mata lelaki melihat auratnya, sebanyak itulah wanita itu telah mengsedekahkan dosa kepada mereka, lagi teruk tiap² hari dibulan ramadhan.Tidak rasa bersalahkah anda?..
Berbalik kepada nafsu makan, bila dah nafsu makan tu besar pastinya secara tak langsung kita membeli secara pukal, onde-onde 10biji, air 3jenis, lauk berjenis², bila waktu berbuka banyak yang tak habis, kan dah membazir. Peniaga² bazar ramadhan biasanya akan mula buka gerainya sekitar jam 3petang, tutup kedai pastinya selepas maghrib. Agak-agaknya kat mana diorang sembahyang asar dan maghrib ye.
Aku bukannya nak banned orang pergi ke bazar ramadhan, aku sendiri pun pergi jugak sekurang²nya 3kali seminggu. Ini cuma nak mengingatkan kita sesama umat supaya lebih berhati² ketika membeli juadah berbuka puasa. Satu²nya tabiat orang kita ni (termasuk aku skali la), suka sangat ber sa'ie 2-3kali dari hujung ke hujung. Mungkin ini cara untuk beriadah ketika puasa kot. Apapun aku mengucapkan selamat hari raya, semoga amalan kita dibulan puasa dikategorikan sebagai ibadah dan mendapat pahala dariNya. Aku mohon maaf jika ada salah silap, kekurangan, kekhilafan yang aku sedar mahupun tidak.
p/s: foto-foto ini diambil ketika aku bersama isteri membeli juadah berbuka di bazar ramadhan Selayang.