Wednesday, February 23, 2011

Family BBQ Night

5 February 2011


Ketika aku lepak² sambil berbaring atas katil dengan spontan mulut aku bertanya
“Yang, resepi rencah BBQ dulu ada simpan lagi tak? Nak buat BBQ lah malam esok..”
Sambil terbayang² rasa manis dan berempah ayam panggang mengalahkan deli wing pizzahut. Berbaki satu malam lagi sebelum pulang ke KL sempena cuti tahun baru cina... Kebetulan malam tu jugak la abah kena attend kenduri kahwin, mak pula kena hadir majlis bacaan yassin, Emm takpelah they all still can join later, biar anak² dan menantu je uruskan, mak dan abah bila balik tinggal makan je. Adik aku pulak buat surprise birthday cake untuk mak, walhal hari lahirnya bulan disember tahun lepas. Tok Usu yang rumahnya seberang jalan pun sempat merasa selepas pulang dari kenduri kahwin bersama abah. Jawapannya ringkas
“Rencah ayam ni sedap, rasa..”.
Itu membuatkan aku mengukir senyum. Abah bersuara
            “Uzaini, bungkuskan untuk Tok Usu bagi bawak balik..”
Tok Usu cuba menolak  tapi aku terus menghulurkan bungkusan kepadanya.
            “Ambil lah Pak Usu, bagi orang kat rumah rasa”, abah jawab ringkas.
Dalam hati aku, ini dah boleh buat bisnes ni.. Malam itu aku tidur lena kekenyangan..



Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket



4 comments:

  1. len kali bawak la balik KL sket.. lapar aku tgk oo.

    ReplyDelete
  2. dah masuk rumah baru nanti, jgn lupa sama itu bbq ok! gua akan tunggu! he he

    ReplyDelete
  3. hahaha.. uz, tang nk wat biz tu xleh blah.. sume benda pun nk diwat biz eyk..
    nway, jom wat bbq viking !!!

    -ctzal-

    ReplyDelete